Wednesday, February 6, 2013


Entah kenapa pada hari ne aku tiba-tiba berasa sangat gementar. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku pada hari ni. 

Klinik D... Ini bukan pertama kali aku menjejaki kaki ke sini tetapi ini adalah kali ke-3 aku menjejaki kaki ke sini yang cuma berbeza, hanyalah tempatnya. Pada kali ini aku berada di KKTM setelah kali terakhir aku menjejaki ke klinik di pada setahun yang lepas.

Buat seketika, aku terpinga-pinga melihat keadaan sekeliling. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku hanya menurut  ke mana sahaja kaki aku melangkah. Bila aku masuk sahaja ke dalam, kesemuanya memandang aku pelik. Entahlah... tpi aku tetapi meneruskan langkah aku tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.

Selesai sahaja urusan ku di kaunter pendaftaran, aku di suruh ke bilik no 8... Iya di situlah terletaknya Klinik D... Satu tempat yang aku cuba elakkan selama setahun.., tetapi akhirnya aku berbalik semula ke tempat tersebut. Setelah meletakkan surat temu janji ku, aku menunggu di ruang menunggu. Hampir 3 jam aku menunggu barulah nama ku di panggil oleh jururawat yang muda.

Sepanjang 3 jam aku menunggu giliran ku, bermacam-macam ragam manusia yang aku perhatikan. Kebanyakan mereka yang sudah lanjut usia. Di kesempatan ini juga, aku melihat fizikal mereka sudah banyak berubah disebabkan oleh penyakit ini. Ada yang duduk di kerusi roda sambil ditolak oleh suami yang tersayang, ada yang berjalan dengan langkah yang kurang sempurna. Mungkin disebabkan kesakitan yang dihadapi. Melihat keadaan ini, memberikan aku keinsafan dalam diri ku. 

Bila aku melihat keadaan mereka ini semua, kata-kata Dr.N akan sentiasa aku teringatkan. Badan kita ini merupakan satu anugerah daripada Allah, sudah menjadi amanah kepada diri kita untuk kita menjaga badan ini dengan baik. Tetapi bagi ku, sudah setahun aku membiarkan tubuh badan ku ini. Seolah-olah aku telah menyiksanya. Rasa bersalah terbit dalam diriku. Yang lagi penting, aku tidak ingin membuatkan ibu bapa ku berasa risau. Ini juga merupakan pendorong utama bagi diriku dalam menjalani rawatan ini.

Syukur alhamdulilah... disebabkan pencetus semangat daripada Dr.N dan juga pembakar semangat aku iaitu KELUARGA ku, menyebabkan aku tabah menjalani rawatan ini dan menempuhi hari-hari yang akan mendatang. Sebagai hamba Allah, aku seharusnya redha dengan segala ketentuan-NYA serta aku seharusnya menerima dengan setulus hati bukannya menolak dan membiarkan ianya kesakitan dan menderita...

Maafkan diri ku yang hina ini...